Jenayah

Pecah masuk melalui bumbung

pecah masuk melalui bumbung

TELUK INTAN – Seorang peniaga kedai emas kerugian kira-kira RM680,000 apabila premis terletak di Jalan Pasar, di sini dipecah masuk pencuri, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Goh Kok Liang berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 malam itu hanya disedari adik ipar pemilik kedai ketika mahu menjalankan perniagaan kira-kira jam 9.10 pagi.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, polis mengesyaki rompakan itu dilakukan tiga suspek yang memasuki kedai dengan cara memanjat bumbung.

“Suspek masuk melalui satu lubang angin dengan memecahkan siling lalu turun menggunakan sebuah tangga papan sebelum masuk ke tingkat atas  kedai  yang juga rumah sarang burung.

“Mereka kemudiannya memecahkan lantai papan rumah sarang burung dan siling kedai sebelum turun ke bawah menggunakan tali,” katanya.

Beliau berkata, walaupun premis berkenaan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), namun dimatikan penjenayah yang dikesan menggunakan penutup muka dan memakai sarung tangan.

Menurutnya, suspek memotong pintu besi bilik kebal tempat simpan barang kemas dan mengambil pelbagai barangan berharga.

“Mereka melarikan 4.5 kilogram jongkong emas, wang tunai lebih kurang RM80,000, seutas jam tangan Rolex, barangan kemas perak, satu kotak sarang burung dan mata wang luar negara yang masih belum dikenal pasti jumlahnya.

“Semua barangan yang hilang adalah milik syarikat dan mangsa namun tidak mempunyai insurans,” katanya.

Kok Liang berkata, hasil pemeriksaan terperinci di tempat kejadian mendapati tiada cap jari dikesan, namun siasatan terhadap kejadian itu masih diteruskan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");