Sukan Hari Ini

Peluang Arsenal isi slot empat terbaik sukar

arsene wengerLIVERPOOL – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui peluang untuk menyambar slot automatik ke kempen Liga Juara-Juara musim depan tampak sukar selepas ditewaskan Everton 0-3 dalam aksi liga domestik di Goodison Park kelmarin.

Biarpun hanya ketinggalan satu mata di belakang Arsenal, Everton berpeluang memintas kedudukan The Gunners di tempat keempat kerana The Toffees masih memiliki kelebihan satu perlawanan.

Arsenal tidak pernah gagal untuk layak ke kempen Liga Juara-Juara sejak 16 musim lalu bersama Real Madrid dan Manchester United.

Justeru, Wenger menagih pengalaman yang dimiliki barisan pemainnnya supaya kekal beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara musim depan.

“Saingan masih terbuka buat kesemua pasukan.

“Memang kelebihan kini berpihak kepada Everton tetapi segala-galanya belum berakhir buat kami.

“Saya 100 peratus yakin bahawa pemain akan kembali bangkit memastikan segala-galanya kembali berpihak kepada kami dalam usaha merebut slot ke kempen Liga Juara-Juara musim depan,” kata Wenger.

Begitupun jelas Wenger, beliau menuntut anak-anak buahnya supaya memperbaiki kelemahan pasukan terlebih dahulu.

“Kami harus kekal fokus dan mempamerkan aksi yang berkualiti sebelum mengulas lanjut mengenai potensi untuk layak ke kempen Liga Juara-Juara.

“Sejak kebelakangan ini, persembahan kami kurang meyakinkan sama ada ketika menyerang mahupun bertahan.

“Ia sesuatu yang mengecewakan dan kami kini harus kembali bersatu sebagai satu pasukan dan bermula daripada asas,” kata Wenger.

Dalam perlawanan itu, gol-gol The Toffees dijaringkan oleh Steven Naismith pada minit ke-14, Romelu Lukaku (34) dan jaringan sendiri bekas pemain Everton, Mikel Arteta pada minit ke-62.

 

– AFP

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");