Sukan Hari Ini

Peluang Barcelona

barcelona

BARCELONA yang kini dalam krisis, tidak mempunyai pilihan kecuali menundukkan musuh tradisi, Real Madrid dalam perlawanan merebut kejuaraan Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey), awal pagi esok bagi menyelamatkan kedudukan mereka musim ini.

Ini kerana, setelah mencatat kekalahan mengejut 1-0 kepada Granada, Sabtu lalu, peluang mereka untuk mempertahankan kejuaraan La Liga dilihat semakin tipis.

Oleh itu, hanya kejuaraan Copa del Rey menjadi satu-satunya gelaran yang ada untuk diburu Barcelona selepas kempen skuad The Catalan dalam Liga Juara-Juara juga sudah menemui titik noktah apabila disingkir oleh calon juara La Liga, Atletico Madrid
pada suku akhir, minggu lalu.

Ini diakui sendiri pengendalinya, Tata Martino yang berkata, skuad bimbingannya tidak boleh lagi mencatat kekalahan dalam pertarungan terakhir merebut kejuaraan Cope del Rey.

“Selepas dua kekalahan, kita telah terlepas peluang besar untuk melakukan sesuatu yang penting. Jadi, perlawanan akhir menentang Real menjadi peluang menebus kekecewaan. Oleh itu, pemain mesti bangkit dan bermain sebaik mungkin,” katanya.

Ketika ditanya adakah kekalahan dalam Liga Juara-Juara memberi kesan kepada pemainnya, Martino berkata:

“Pemain tahu apa mereka perlu lakukan. Apa yang saya harapkan, mereka kena bangkit dan padang ke depan. Dan yang pasti, Barcelona tidak boleh kalah lagi.”

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");