Jenayah

Pemaju kutip sewa

pati 2

Cyberjaya: Sembilan premis haram yang menjalankan perniagaan kedai makan dan runcit di sekitar rumah kongsi berhampiran tapak pembinaan di sini sejak dua tahun lalu terpaksa disita kerana beroperasi tanpa lesen perniagaan sah.

Lebih mengejutkan, premis berkenaan dikendalikan warga asing dan rata-rata mereka mendakwa mereka dibenarkan berniaga di tapak pembinaan selepas menyerahkan wang sewaan tapak kepada pemaju pembinaan.

Dalam operasi di Jalan Teknokrat 4, Jalan Teknokrat 6 dan Jalan Impact bermula jam 9.30 pagi hingga 1 tengah hari itu, operasi dikenali Ops Sita Rumah Kongsi itu dilakukan selepas dua bulan risikan dijalankan.

Operasi disertai 80 penguat kuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) turut menyita pelbagai peralatan memasak dan makanan termasuk tong gas, dapur, peti sejuk dan tin minuman selain peralatan lain.

Penolong Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPSepang Hairol Azman Razali berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan individu yang menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Beliau berkata, siasatan yang dimulakan sejak dua bulan lalu mendapati masih ada pihak yang enggan mematuhi undang-undang ditetapkan dan beroperasi secara haram di sekitar rumah kongsi berkenaan.

“Pengusaha sepatutnya sedar bahawa setiap premis perniagaan yang beroperasi perlu mendapat kebenaran dan lesen dari MPSepang dengan kadar bayaran ditetapkan sebanyak RM240 setahun,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan semalam.

Katanya, setiap barangan yang disita hanya akan dipulangkan jika permit bangunan dan lesen diperolehi daripada MPSepang.

Hairol berkata, hasil serbuan itu, lima kompaun dikeluarkan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPSepang) 2007.

“Manakala, dua notis dikeluarkan mengikut kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) (Seksyen 72(1) kerana tidak menyelenggara papan keselamatan dengan baik serta menjalankan kerja pembinaan tanpa kebenaran bertulis daripada MPSepang,” katanya.

Ketika menyoal siasat salah seorang pemilik premis haram itu, Hairol berkata, seorang peniaga wanita warga Indonesia mendakwa dia dibenarkan berniaga di tapak pembinaan itu selepas menyerahkan puluhan ribu wang bagi sewaan tapak.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");