Jenayah

Pencarian MH370: Jepun bantu selagi diperlukan

pesawat mh370

KUALA LUMPUR – Jepun bejanji akan terus membantu Malaysia mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang sejak sebulan lepas.

“… selagi kerajaan Malaysia perlukan,” kata Duta Jepun di Malaysia Dr Makio Miyagawa ketika ditanya berapa lama Tokyo akan membantu Malaysia dalam usaha itu.

Beliau ditemui pemberita selepas membuat kunjungan hormat ke atas Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini, hari ini.

Miyagawa juga memuji usaha kerajaan Malaysia dalam menyelaraskan operasi mencari pesawat itu, yang masuk hari ke-34 hari ini.

“Saya fikir kerajaan Malaysia telah melakukannya dengan baik sekali. Kami puji usaha itu,” kata duta yang baharu dilantik itu.

Mohamed Nazri berkata Huang berjanji akan menyokong usaha Malaysia memulihkan keyakinan pelancong China untuk melawat Malaysia.

Sementara itu, atas kedudukan beliau sebagai pengerusi Kesatuan Antara Parlimen Malaysia, Mohamed Nazri dan beberapa anggota parlimen mengunjungi Kedutaan China di sini hari ini.

Katanya kunjungan itu bertujuan menzahirkan semangat perpaduan dengan rakyat China dalam menghadapi saat-saat menyulitkan berikutan kehilangan pesawat MH370.

Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014, kerajaan menyasarkan 28 juta pelancong melawat negara ini.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam, kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan laluan pesawat Boeing 777-200ER itu “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Gerakan mencari pesawat itu kini diteruskan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");