Sukan Hari Ini

Pengajaran berguna Tok Gajah

mohd razman roslan

KAPTEN Pahang, Mohd Razman Roslan mahukan rakan sepasukan menjadikan kekalahan di tangan Lions XII Selasa lalu sebagai pengajaran terbaik dan tidak berasa terlalu selesa biarpun masih kekal di tangga teratas Liga Super setakat ini.

Kekalahan skuad kendalian Zainal Abidin itu menjadi pengajaran untuk Pahang memperbaiki segala kelemahan sebelum melayan kunjungan Sime Darby FC, di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Menurutnya, dia dan rakan sepasukan sudah pasti tidak mahu mengulangi aksi sama seperti yang dipamerkan di Stadium Jalan Besar dan berazam untuk memastikan kemenangan menjadi milik Tok Gajah.

“Sebenarnya banyak yang perlu diperbaiki terutama komunikasi dan disiplin di padang tetapi kami sudah berjanji akan mempamerkan persembahan terbaik untuk mengutip tiga mata sebelum saingan liga berehat dua minggu.

“Pada masa sama kami juga mengharapkan peminat terus memberi sokongan kepada kami kerana pada ketika ini mereka amat penting untuk menaikkan motivasi semua pemain,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pemain sudah berjanji dan bertekad untuk memastikan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri terus kebal selain memastikan kejayaan di gelanggang lawan sebaik liga kembali membuka tirainya pada 10 Mei berdepan Selangor.

Setakat ini, Pahang masih kekal menghuni di kedudukan teratas liga selepas mengumpul 25 mata namun, perlu mencapai kemenangan malam esok jika mahu terus mengekalkan kedudukan tersebut.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");