Jenayah

Penganggur hadapi 12 pertuduhan peras ugut doktor

mahkamah

KOTA BHARU – Seorang penganggur hari ini menghadapi 12 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini kerana memeras ugut seorang doktor sehingga menyerahkan wang keseluruhan berjumlah RM51,300, empat tahun lalu.

Tertuduh, Musharuddin Ismail, 55, mengaku tidak bersalah ketika semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Adli Abd Ghalib.

Mengikut semua pertuduhan itu, Musharuddin yang tidak diwakili peguam telah menggugut seorang doktor di sebuah poliklinik di Jalan Kuala Krai, Ketereh di sini sejak 3 Jun 2010 sehingga 22 Jun 2010.

Tertuduh didakwa melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada doktor berkenaan yang berumur 53 tahun, bahawa beliau akan ditahan kerana satu kesalahan berat dan boleh dibuang daerah sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang yang keseluruhannya berjumlah RM51,300.

Semua transaksi penyerahan wang itu adalah antara pukul 9.30 pagi sehingga 6.59 petang.

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Kanun Keseksaan. Hukuman yang dihadapi ialah penjara selama tempoh sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Adli menetapkan 19 Mei sebagai sebutan semula kes berkenaan dan membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi seorang penjamin.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Shahidah Muslimah Roslan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");