Membawang Hari Ini

Percaturan Sherry Ibrahim

shery

MENCECAH usia 31 tahun, tipulah jika seorang wanita itu tidak memasang hasrat untuk mendirikan rumah tangga, punya suami, anak-anak dan kehidupan bahagia seperti orang lain.

Bagi pelakon Teduhan Kasih, Sherry Ibrahim, dia masih mencari calon yang sesuai dan tetap menyerahkan soal itu kepada takdir. Biarpun hubungan cinta dengan jejaka Mauritus sudah berakhir tahun lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat kisah cintanya.

Mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian pada diri sendiri dan karier, wanita yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, ini tidak teragak-agak membuka hatinya kepada si dia yang benar-benar serius mencintanya.

Mengakui ada berkawan dengan ramai jejaka, Sherry bagaimanapun masih belum bertemu ‘Mr Right’. Jelas Sherry, dia mahukan orang yang benar-benar bersedia untuk menjalinkan hubungan serius dan perlulah mempunyai keserasian dalam hubungan.

“Bagi saya tiada istilah serik untuk bercinta dengan mana-mana lelaki walaupun lelaki tempatan ataupun luar negara. Saya hanya mahukan seseorang yang benar benar matang dan ‘indipendent’, stabil dan tahu apa yang dia mahukan dalam hidupnya.

“Jika berkawan pun kami mestilah punya keserasian antara satu sama lain, bukan yang ‘henky-penky’. Saya bukanlah terlalu memilih. Tapi, bila saya dah rasa selesa dan mencapai kata sepakat, rasanya tiada halangan untuk kami melangkah ke alam perkahwinan,” katanya yang pernah bergelar kekasih kepada aktor sensasi, Ashraf Muslim, tidak lama dulu.

Mengimbau permulaan karier seninya, Sherry adalah antara pelakon wanita yang jarang dilanda kontroversi. Biarpun pernah ‘menghilang’ seketika, namun siapa sangka kemunculan semulanya menerusi drama popular Teduhan Kasih, berjaya melonjak namanya sebaris dengan artis popular lain.

Pernah menyandang tugas di awan biru selama tujuh tahun, Sherry bagaimanapun mengakui tugas dalam bidang lakonan juga tetap memberikan cabaran besar buatnya.

Namun demi minat dan cinta yang menebal dalam lakonan, dia nekad bekerja keras dan melakukan yang terbaik demi diri sendiri dan juga peminat.

Jelas Sherry, dia juga bersyukur kerana masyarakat mula menerima kehadirannya dalam industri seni. Jika dulu, namanya kurang dikenali namun selepas drama Teduhan Kasih itu, semakin ramai yang mula meminati lakonannya,

“Bukan mudah nak sertai dunia seni. Ia menuntut kesabaran, kerjasama dan kerja keras dari semua pihak.

“Bagi seorang pelakon itu pula, perlukan komitmen yang tinggi, selain bakat dan fokus dengan watak yang diberi,” katanya.

Mengakui semakin banyak menerima tawaran lakonan, kata Sherry, dia tetap selektif memilih tawaran yang datang demi menjaga mutu lakonannya.

“Sekarang, saya sedang menjalani penggambaran Cinta Ibadah di Astro Prima. Dalam drama 80 episod ini, saya memegang watak sebagai doktor yang merawat penyakit kanser, bersama pelakon Raja Eliya, Fattah dan Aishah.

“Selain itu, saya turut terlibat dalam beberapa projek akan datang, termasuk drama bersiri RTM.  Nantikan saja,” katanya yang turut menggalas peranan sebagai duta bagi produk kecantikan Fairy Beauty.

Jadi penyanyi

Dalam perkembangan lain, Sherry kini sedang sibuk merakamkan beberapa buah lagu dan single pertamanya dan sedang bekerjasama dengan seorang penyanyi dari seberang, iaitu Gusti Arya, yang bakal di keluarkan pada tahun ini.

“Saya memang minat menyanyi semenjak kecil lagi, tetapi tiada kesempatan untuk ke arah itu. Bila dah ada peluang ini, saya ambil saja,” katanya,

Bercakap mengenai syarikat rakamannya, Lol Enterteiment, Sherry berkata, dia baru sahaja selesai memperbaharui kontrak bersama syarikat itu.

Mengakui selesa menjadi artis di bawah pengurusan syarikat Dafi Sabri itu, sherry berkata, kesemua jadualnya diuruskan oleh syarikat itu.

“Pihak LOL Entertaiment telah pelawa saya untuk merakamkan lagu dengan Gusti dan saya tidak menolaknya kerana saya juga amat meminati bidang ini.

“Melodi lagu berkenaan adalah ciptaan abang Gusti Arya iaitu Bayu dan lirik telah ditulis oleh Gusti. Saya harap ia diterima peminat, kerana konsep lagu-lagu yang ada di dalam mini album nanti berunsurkan balada, R&B dan ‘upbeat song’,” katanya yang mahu peminat melihat sisi lain pada dirinya.

Ceburi perniagaan

Seperti selebriti lain, aktres jelita ini juga tidak ingin melepaskan peluang menceburi bidang perniagaan.

Kini, Sherry sudah mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan yang membabitkan penjagaan diri dan kecantikan. Di samping itu pelakon ini turut menyertai pelbagai kursus pembinaan karakter untuk menjadi perunding dandanan.

“Saya masih lagi mengambil kursus ini supaya dapat menjadi perunding terbaik.

“Sudah lama saya berhasrat untuk menceburi bidang ini, tambahan pula semasa saya masih menjadi krew kabin juga saya sudah menjinakkan diri dalam bidang ini. Jadi saya akan teruskan mendalami bidang ini secara berterusan sehingga betul-betul mahir,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");