Jenayah

Pesawat Firefly patah balik lepas 15 minit terbang

image (3)

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Firefly Airlines hari ini mengesahkan penerbangan FY1002 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Kota Bharu, Kelantan pada 6.55 pagi tadi berpatah balik selepas mengalami kegagalan memasukkan semula gear pendaratannya.

Penerbangan itu yang berkongsi kod penerbangan dengan Malaysia Airlines MH9948 selamat mendarat di lapangan terbang berkenaan pada 7.30 pagi dan semua 64 penumpang serta empat kru berada dalam keadaan selamat, kata syarikat tersebut dalam kenyataan, di sini.

“Ini merupakan pendaratan biasa, justeru tidak membabitkan pengerahan pasukan bomba dan penyelamat lapangan terbang,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu penerbangan pesawat tersebut dijadualkan semula dan berlepas dari Pulau Pinang pada 8.50 pagi tadi serta selamat tiba di Kota Bharu sejam kemudian. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");