Perak Hari Ini
Like

PKMM Perak Diberi Kepercayaan Bangunkan Tanah Di Meru Raya

April 24, 2014
221 Views
0 Comments
1 minute read
PKMM Perak Diberi Kepercayaan Bangunkan Tanah Di Meru Raya

mou 2

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Perak telah diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk membangunkan tanah seluas kira-kira 1.6 hektar di kawasan Meru Raya, dekat Ipoh.

Menurut Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad, projek pembangunan yang membabitkan pembinaan dua bangunan telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu dan kini 90 peratus siap.

“Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah memberi sepenuh kepercayaan dan peluang kepada kontraktor dari PKMM cawangan Perak untuk membangunkan projek pembinaan di Meru Raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Peraktoday.com.my selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKMM cawangan Perak di Hotel Casuarina @Meru, di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, projek di Meru Raya itu katanya, melibatkan dua jenis bangunan iaitu rumah kedai dan kondominium.

“Projek ini dibangunkan oleh orang Melayu dan dijual semula pada orang Melayu dan Alhamdulillah, kira-kira 98 peratus bangunan ini sudah dibeli,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, penglibatan kontraktor Melayu ini adalah hasil daripada syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang ingin melihat lebih ramai kaum Melayu terlibat dalam sektor pembinaan.

Beliau juga mengharapkan agar kerajaan memberi peluang dan ruang kepada kontraktor Melayu untuk terus maju ke hadapan.

“Diharapkan agar kerajaan dapat memberi peluang dan ruang untuk kontraktor Melayu membuktikan yang mereka juga mampu melakukan sesuatu di luar jangkaan,” tambahnya lagi.

Pada majlis sama, beliau turut menjadi menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara pihak PKMM Perak dan Kolej Vokasional Seri Iskandar yang bakal membuka peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan kolej itu untuk menceburi bidang pembinaan.

Komen & Pendapat

Leave a Reply