Isu Panas

Provokasi laga tiga pemimpin

pemimpin pkr

IPOH – Penyebaran risalah berkaitan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali disifatkan sebagai tindakan provokasi yang cuba dilakukan untuk melaga-lagakan pemimpin itu dengan dua lagi calon lain.

Ketua Cabang PKR Ipoh Barat, MA Tinagaran berkata, perkara seumpama  itu bukanlah pertama kali berlaku malah pernah dilakukan sebelum ini oleh musuh-musuh politik.

Menurutnya, tindakan seperti itu tidak pernah wujud dalam parti dan beliau percaya ia dilakukan oleh pihak luar yang sengaja mahu mengambil kesempatan.

“Saya berpendapat ia dilakukan oleh individu yang tidak menyenangi Azmin secara peribadi.

Kesempatan pemilihan PKR kali ini digunakan untuk mencemar imej dan menjatuhkan Azmin.

“Secara kebetulan, pada malam itu (Himpunan Reformasi 2.0 di Ipoh) Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang juga calon Timbalan Presiden PKR. Dengan itu individu berkenaan mungkin boleh mengaitkan penyebaran itu dengan Saifuddin,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tinagaran berkata, pihaknya percaya provokasi itu bukan dilakukan oleh kumpulan Saifuddin mahupun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana kedua-dua pemimpin itu begitu berdisiplin dalam parti.

Menurutnya, tindakan cuba memecahbelahkan anggota parti seperti itu adalah tidak wajar.

Bagaimanapun beliau percaya, kejadian itu tidak akan mengganggu kelancaran proses pemilihan parti.

“PKR merupakan parti yang selalu diuji dan biasa diuji. Kami dah lali dengan perkara sebegini kerana tahu ia bukan datang daripada ahli parti.

“Provokasi murahan seperti ini tidak akan berjaya. Kita yakin pimpinan tidak mudah melatah dengannya,” katanya.

Semalam akhbar ini menyiarkan laporan penyebaran risalah yang cuba memburuk-burukkan imej Azmin yang diedar ketika Himpunan Reformasi 2.0 di Wisma Keadilan, di sini, malam Jumaat lalu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");