Jenayah

Punca remaja jadi pengedar dadah

punca

KOTA BHARU – Faktor desakan untuk mendapatkan wang lebih dengan cara mudah, antara penyebab ramai remaja terjebak dalam pelbagai kegiatan jenayah termasuk sanggup menjadi pengedar dadah.

Ketua Pengarah Pembanterasan dan Pencegahan Jenayah Bukit Aman, Datuk Ayub Yaakob berkata, golongan terbabit amat terdesak sehingga sanggup melakukan kegiatan terlarang walaupun menyalahi udang-undang negara.

“Perkara ini perlu di atasi memandangkan mereka merupakan pelapis dan bakal menjadi pemimpin masa depan.

“Jika ramai di antara mereka terlibat dalam pelbagai gejala dadah dan anasir negatif ia bakal memberi impak negatif kepada masyarakat malah negara itu sendiri,” katanya demikian kepada sidang media selepas acara penutup Program Konvoi Cegah Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (Kelantan) di pusat jualan dan pameran motosikal berkuasa tinggi, Kelbikes, Tunjong, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim; Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman dan wakil Pengarah Urusan Kelbikes, Shahrul Amir Ahmad.

Wira Ayub berkata, dalam program dua hari yang bermula semalam dan berakhir hari ini, beliau amat berpuas hati dengan respons masyarakat yang rata-ratanya memahami tugas polis dan bersedia untuk membantu dan menyalurkan maklumat kepada PDRM bagi membanteras jenayah di kawasan setempat.

“Keyakinan masyakat untuk bersama kita amat tinggi apabila mereka sedia menghulurkan bantuan. Jadi kini sudah tiba masanya polis pula yang perlu memahami dan menyelami isi hati masyarakat.

“Kita (polis) perlu bertindak bertemu dengan mereka secara lebih kerap dalam rondaan yang dijalankan, bagi menghindar kegiatan jenayah berlaku di kawasan sekitar tempat tinggal dan awam,” katanya.

Beliau berkata, anggota polis juga perlu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat dan perlu bentuk perancangan yang jelas bagi melaksanakan pelbagai program cegah jenayah untuk manfaat dan kebaikan bersama.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");