Jenayah

Rayu balik mahu jumpa anak

rayu

GEORGETOWN – “Saya merayu supaya hukuman direndahkan kerana anak saya ada masalah gejala sosial puan,”.

Demikian rayu seorang tertuduh yang menghadapi pertuduhan bagi kesalahan dadah di mahkamah majistret semalam.

Pritam Singh merayu supaya hukumannya direndahkan kerana mahu pulang segera membantu masalah sosial anaknya.

“Beri saya hukuman yang setimpal puan,” katanya.

Tertuduh didakwa pada 10 Mac 2014 kira-kira jam 1 petang berhampiran Jalan Datok Keramat apabila memiliki dadah jenis heroin seberat 0.16 gram.

Mengikut pertuduhan pertama itu, dia didakwa bersalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memasukkan dadah ke dalam badannya tanpa kebenaran Ibu Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah.

Akibatnya, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2004)  dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dia  kemudiannya mengaku bersalah dan sekali lagi merayu berkali-kali supaya hukuman direndahkan, kerana ingin bertemu anaknya.

Majistret, Umma Devi Loganathan kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan bagi pertuduhan pertama, manakala penjara enam bulan bagi pertuduhan kedua.

“Tertuduh juga akan dikenakan pengawasan selama dua tahun oleh pihak polis mengikut Seksyen 38 (B) Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");