Jenayah

Remaja mengaku tidak bersalah mengugut, miliki pisau

mahkamah

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mengugut saudaranya sendiri dan memiliki sebilah pisau, Khamis lalu.

Tertuduh berumur 18 tahun itu didakwa melakukan ugutan dengan mengacukan sebilah pisau terhadap lelaki itu di bawah Blok 3, Jalan 1/112A, Taman Bukit Angkasa di sini pada 1.50 pagi, 17 April.

Dia juga didakwa atas pertuduhan memiliki sebilah pisau berukuran 16 inci di depan sebuah restoran di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam pada 2.15 pagi tarikh sama.

Bagi kesalahan mengugut, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum tujuh tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan memiliki pisau, remaja itu didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh dijatuhi hukuman penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Saifulakmal Said membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Iznan Abdul Malik. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");