Jenayah

Rompak rakan: Penganggur dipenjara lima tahun

rompak rakan

KOTA BHARU – Seorang penganggur dihukum penjara lima tahun oleh mahkamah Sesyen di sini semalam kerana merompak dan mencederakan seorang rakannya.

Hukuman tersebut diputuskan, Hakim, Mohd Yusuff Yunus terhadap Wan Hafiz Salimi Wan Hamat, 30, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah menetapkan hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 14 April 2014.

Mengikut pertuduhan, pada 13 April tahun lalu, lebih kurang jam 11.30 pagi di Kampung Kelubi Jalan Machang, Pasir Puteh, tertuduh merompak  sebuah telefon bimbit jenama Nokia milik Muhammad Shamsul Idzwan Zainal Abidin, 34, dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepadanya.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Mengikut fakta kes, tertuduh meminta mangsa yang merupakan rakannya untuk menghantarnya pulang ke rumah dari sebuah pasar raya di Pasir Puteh.

Bagaimanapun, apabila sampai di Kampung Kelubi, tertuduh meminta mangsa menyerahkan dompet serta telefon bimbitnya.

Tertuduh juga memukul mangsa di kepala sehingga berdarah dan tangan serta mengugut mangsa supaya tidak membuat laporan polis.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon agar hukuman terhadapannya diringankan kerana mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan seorang anak yang masih kecil. Tertuduh juga memberitahu mahkamah ketika rayuannya, dia tidak berniat untuk memukul mangsa dan
berbuat demikian kerana ingin mempertahankan diri.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hazimah Ghazali meminta mahkamah supaya hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh memandangkan kes seperti ini dilihat serius.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");