Laporan Eksklusif

Rosmah Seru Pihak Swasta Sokong Pementasan Teater

Rosmah

Rosmah (enam dari kiri) ketika hadir melancarkan tetater Di Bawah Lindungan Kaabah di Istana Budaya pada Isnin:-

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyeru pihak swasta agar menghulurkan bantuan dalam bentuk sumbangan kepada syarikat produksi tempatan yang ingin mementaskan seni teater.

Rosmah berkata, ia bagi mengurangkan beban terhadap kos yang terlalu tinggi kepada pengiat teater tempatan untuk terus berkarya.

“Sebagai seorang yang meminati bidang seni, saya memahami bukanlah mudah untuk mementaskan teater tradisional Melayu.

Cabaran utama mereka adalah daripada segi kos yang terlalu tinggi. Jadi saya menyeru agar pihak swasta dan korporat memberi sumbangan terhadap produksi yang ingin mementaskan teater,” katanya ketika melancarkan Teater Di Bawah Lindungan Kaabah, di Istana Budaya, di sini, Isnin.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Rohani Abdul Karim, pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Muhamed Juhari Shaarani dan Penerbit Teater Di Bawah Lindungan Kaabah, Siti Rohayah Atan.

Rosmah adalah penaung teater ini yang akan dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan.

Kata Rosmah, sumbangan tersebut secara tidak langsung membantu menyemarakan lagi seni teater di Malaysia.

Dalam pada itu, beliau turut memuji beberapa badan korporat seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Fareeda Global Resources dan Felda Global Ventures yang sanggup membiayai kos pementasan berkenaan.

“Sebagai penaung saya bangga ada pihak yang sudi membiayai sebahagian daripada kos pementasan untuk teater ini yang secara keseluruhan berjumlah RM2.4 Juta.

“Bagaimanapun, ia masih tidak mencukupi dan saya harap ramai lagi yang tampil untuk menyalutrkan sumbangan bagi menjayakan teater ini,” katanya.

Teater ini dibintangi oleh Adi Putra, Nasha Aziz, Fizo Omar, Dafi, dan Elfira Loy.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");