Jenayah

Sebulan guna air pili masin

air

KOTA TINGGI – SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ) diminta mengambil tindakan aduan penduduk Mawai-Sedili, di sini, yang mendakwa air pili dibekalkan masin sejak sebulan lalu.

Jurucakap Hal Ehwal Pembekalan Air DAP Johor, Tan Hong Pin berkata, ia dipercayai berpunca daripada air laut yang memasuki tempat sedutan air di Loji Rawatan Air Sungai Gembut.
Menurutnya, penduduk mengadu air pili masin seperti air garam.

“Musim kemarau berpanjangan hampir tiga bulan menyebabkan air tawar di Sungai Gembut tidak cukup untuk mengatasi air laut yang masuk ke hulu sungai dan menjejaskan pengguna. Ia kawasan kedua di Johor yang mengalami masalah sama selain Muar dan Ledang.

“Kami berharap pihak berkenaan mengambil berat masalah ini dan memastikan kualiti air terawat yang dibekalkan adalah selamat,” katanya pada sidang media di Bangunan Ahmad Teh Jalan Mawai, semalam.

Hong Ping berkata, kandungan natrium dalam air yang dibekalkan kepada penduduk berkemungkinan besar melebihi piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Katanya, difahamkan air yang mempunyai kepekatan natrium terlampau tinggi tidak sesuai diminum.

“SAJ perlu ambil tindakan segera bagi mengurangkan impak kejadian ini seperti taklimat dan peringatan kepada pemimpin setempat, penghantaran lori ‘tanker’ untuk membekalkan air minuman dan sebagainya.

“Bagaimanapun, kita dimaklumkan ada juga penduduk mengadu mereka tidak dimaklumkan perkara ini. Kami harap SAJ atau pun pihak berkuasa akan menggunakan lebih banyak saluran yang ada bagi memaklumkan keadaan semasa air di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar SAJ mengumumkan keputusan ujian air terawat di kawasan terbabit setiap hari dan memberi peringatan kepada pengguna mengenai langkah-langkah berjaga yang perlu diambil.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat SAJ, Jamaluddin Jamal berkata, pihaknya sentiasa mengikut piawaian ditetapkan demi memastikan air dibekalkan selamat.

Katanya, bekalan air dihentikan jika tidak mengikut piawaian ditetapkan malah melibatkan soal kualiti air.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");