Jenayah

Sempat tengok anak sebelum kemalangan

smpat tgk anak

PONTIAN – “Saya tidak sangka itu kali terakhir arwah datang ke rumah saya menjenguk anak bongsunya Melor Ayuni (6 tahun) yang dijaga oleh kami sekeluarga di Kampung Melayu, Kayu Ara Pasong,” jelas abang ipar mangsa, Imam Supini Ma’Som, 49. [ARTIKEL BERKAITAN]

Jelasnya, dia tiada di rumah ketika itu kerana bekerja syif malam di sebuah stesen minyak di Pekan Nenas dan hanya diberitahu tentang kehadiran arwah bersama dua anaknya oleh isterinya, Roha Mansor, 44.

“Saya dan arwah bekerja di tempat sama dan arwah tinggal di Kampung Maju Jaya, Pekan Nenas.

“Arwah bekerja sebagai penyelia stesen minyak setelah suaminya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya kira-kira lima tahun lalu.

“Selepas pulang dari kerja kira-kira jam 6 petang semalam, arwah menghantar anak perempuannya Melati Ayu (9 tahun) yang tidak sihat ke Hospital Pontian,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Pontian, di sini, semalam.

Katanya, dia cuba menghubungi arwah yang singgah di rumah selepas pulang dari hospital, namun tidak dijawab.

Bagaimanapun, dia begitu terkejut apabila menerima panggilan daripada rakan-rakannya terutama pemandu lori yang melalui kawasan kemalangan memberitahu adik iparnya kemalangan.

“Arwah baru sahaja mula bekerja empat hari lalu selepas mengambil cuti seminggu.

“Saya juga hairan arwah mengambil cuti panjang yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

“Namun arwah menjawab mahu menghabiskan masa bersama anak-anak dan rakan-rakan ketika ditanya sebab mengambil cuti panjang tersebut,” katanya.

Katanya arwah bersama  dua anaknya itu akan dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Islam Kampung Sawah selepas zohor.

Sementara itu, bagi majikan arwah, Ony Azlya Abd Aziz, menyifatkan arwah seorang pekerja yang rajin mencari rezeki untuk membesarkan tiga orang anaknya yang masih kecil.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah pada hari Ahad kira-kira jam 8.30 malam kelmarin dan keadaannya seperti biasa.

Rakan sekelas Mohd Sufi di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Sawah, Mohd Latiff Kasmin, 11, berkata, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap di dalam kelas.

“Arwah merupakan kawan baik dan seorang yang rajin dan periang  serta sentiasa patuh dengan arahan guru.

“Kami tinggal di dalam kampung dan belajar di kelas yang sama pada tahun ini,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");