Berita Hari Ini

Sistem pendidikan, keselamatan diutama

muhyiddin lawatan 2

PPPM bantu pelajar hadapi cabaran global, pupuk nilai positif

Dubai: Malaysia akan terus memperbaiki sistem pendidikan dan meningkatkan aspek keselamatan dalam usaha untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 membantu meningkatkan elemen asas dalam sistem pendidikan negara yang memberi penekanan kepada pengantarabangsaan komprehensif untuk menjadikan negara ini hab serantau bagi pendidikan tinggi.

“Sebagai masyarakat pelbagai kaum, ada keperluan untuk melakukan interaksi yang lebih baik dalam kalangan pelajar kita” Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

“Kami berharap mempunyai 200,000 pelajar antarabangsa menjelang 2020 dengan sektor pengajian tinggi menyumbang antara RM34 bilion dan RM61 bilion kepada pendapatan negara kasar pada masa itu,” katanya ketika Majlis Makan Malam dengan diaspora Malaysia di sini, malam tadi.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");