Membawang Hari Ini

Siti Saleha jadi ibu

siti saleha

Terima watak wanita dilanda konflik apabila berkahwin pada usia muda dalam drama 15 episod sempena Ramadan

Pada awalnya, pelakon jelita ini enggan menerima watak ibu yang ditawarkan dalam sebuah drama sempena Ramadan dan mahu menarik diri.

Masakan tidak, Siti Saleha Mohd Baharum, 24, menganggap watak itu terlalu besar buat dirinya. Malah, difikirkan watak itu tidak sesuai dengan usia yang masih muda.

“Saya memang tidak mahu… Tapi apabila diyakinkan, saya sahut cabaran ini.

“Malah, beberapa teman juga bertanya apakah saya tidak risau menerima watak ibu. Ini kerana mereka bimbang selepas ini saya akan ditawarkan watak sama,” katanya kepada HIP.

Pelakon yang mula dikenali selepas muncul dalam drama rantaian Nora Elena ini, buat pertama kalinya akan memegang watak sebagai ibu dalam drama 15 episod berjudul Ramadan Jangan Pergi yang bakal disiarkan TV3.

Bercerita lanjut mengenai wataknya itu, Saleha berkata, beliau membawa watak sebagai ibu kepada seorang anak yang berkahwin pada usia muda dan berdepan konflik kehidupan.

“Saya risau sebab pada awalnya ia agak berisiko. Tetapi saya bersyukur semuanya lancar dan saya memberikan lakonan terbaik.
“Saya harap peminat akan mengikuti drama ini yang dijangka ditayangkan pada bulan puasa,” kata pelakon berkulit cerah dan bermata galak ini.

Akuinya, beliau menonton drama bertema sama untuk menghayati watak selain membuat rujukan lain.

“Pada mulanya, saya menjadi ibu kepada dua anak. Tetapi selepas berbincang, produksi bersetuju watak saya mempunyai seorang anak saja,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");