Membawang Hari Ini

Sniper ‘permainan maut’

sniper

SEBUAH karya baharu keluaran MIG, Sniper merupakan sebuah filem bercorak aksi dan misteri yang pastinya mendebarkan penonton.

Filem ini mengisahkan tiga individu iaitu Ahmad, Rafi dan Jim yang dipertemukan dalam satu permainan maut yang digelar Sniper.

Namun ketiga-tiganya bukan calang-calang orang kerana memiliki pengalaman dalam sukan menembak dan senjata.

Kisah mereka bermula apabila ketiganya terperangkap dalam permainan tersebut yang didalangi oleh seseorang yang tidak dikenali identitinya.

Berbekalkan senjata penembak hendap atau Sniper dan beberapa peluru, mereka perlu membunuh antara satu sama lain demi melepaskan diri.

Pelakon utama, Fadlan Hazim berkata, dia dan dua penembak perlu mencari individu yang bertanggung jawab mengatur permainan berbahaya itu.

“Kami perlu membunuh antara satu sama lain demi melepaskan diri daripada permainan ini.

“Setelah segalanya berakhir, baharulah peserta mengetahui siapa dalang disebalik Sniper,” katanya.

Rupa-rupanya permainan ‘gila’ tersebut dicipta oleh pesakit mental yang berpura-pura di sebalik kejadian itu.

GENRE: Aksi
TARIKH TAYANGAN: 24 April
PENGARAH: Pierre Andre
PELAKON: Pablo Amirul, Fadlan Hazim, Nina Iskandar, Mikail Andre

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");