Berita Hari Ini

Sokong syor anak kapal jalani ujian psikologi

Tan Sri Lee Lam Thye

Kuala Lumpur: Pengerusi Institusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye menyokong cadangan supaya semua anak kapal pesawat awam menjalani ujian psikologi sebagai sebahagian daripada ujian perubatan tahunan.

Beliau berkata, cadangan oleh Persatuan Juruterbang Malaysia (MPO) itu seiring dengan kepentingan sektor berkenaan dan kesan kepada penumpang secara keseluruhan.

“Jika sebelum ini, hanya ujian perubatan tahunan sahaja membabitkan anak kapal tetapi wajar mempertimbangkan supaya ujian psikologi dan mental dilakukan kepada anak kapal berikutan keperluan semasa.

“Sebagai Pengerusi NIOSH, saya menyokong penuh cadangan untuk ujian psikologi yang jika perlu dilakukan setiap tahun,” katanya kepada BH, semalam.

Lam Thye mengulas cadangan Presiden MPO, Kapten Ab Manan Mansor kelmarin supaya semua anak kapal menjalani ujian psikologi sebagai sebahagian daripada ujian perubatan tahunan.

Ab Manan mencadangkan ujian psikologi perlu dijalankan serentak dengan ujian perubatan tahunan.

Patut diperluas
Dalam pada itu, Lam Thye berkata, ujian psikologi juga patut diperluaskan kepada pemandu pengangkutan awam lain seperti bas dan feri yang bertanggungjawab membawa penumpang yang ramai.

“Ujian psikologi ini boleh dilakukan oleh syarikat bas dan feri memandangkan ia membabitkan keselamatan penumpang, selain mampu mengemas kini rekod perubatan pemandu pengangkutan awam,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");