Membawang Hari Ini

Suami Shakira kuat cemburu?

shakira

Suami kepada penyanyi Shakira dilaporkan tidak senang dengan hubungan baik isterinya dengan juri tetap program The Voice yang juga vokalis kumpulan Maaron 5 iaitu Adam Lavine.

Menurut ShowbizSpy, sumber rapat kepada Gerard Pique memberitahu, suami Shakira itu cemburu melihat kemesraan yang dipamerkan Adam terhadap isterinya dan menganggap perbuatan lelaki itu sebagai tidak menghormatinya.

“Adam dilihat sering memegang Shakira dalam program tersebut (juri dalam program The Voice) dan seolah-olah tidak menghormati perasaan Gerard sebagai suami.

“Pasangan itu juga bergaduh besar gara-gara isu berkenaan,” katanya.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Shakira mengakui suaminya itu memang seorang yang bersikap terlalu menjaga walaupun dengan model lelaki yang terlibat dalam video klipnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");