Sukan Hari Ini

Sukma: Kejohanan 4 penjuru kayu ukur Terengganu

sukmaKUALA TERENGGANU – Kejohanan hoki empat penjuru yang akan diadakan di Melaka, Mei ini, akan menjadi kayu pengukur bagi menentukan kemampuan Terengganu untuk merangkul pingat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2014.

Setiausaha Persatuan Hoki Terengganu (PHT) Sabri Salleh berkata ini kerana Terengganu akan menurunkan pemain terbaik walaupun kejohanan itu boleh disifatkan sebagai kejohanan pemanas badan.

“Kita tidak boleh baca di atas kertas sahaja sebaliknya kita kena menguji dan melihat sejauh mana persiapan yang telah kita buat setakat ini,” katanya kepada Bernama.

Menurut Sabri selain Terengganu, pasukan lain yang akan menyertai kejohanan itu ialah Melaka sebagai tuan rumah, Kuala Lumpur dan sebuah pasukan dari Sabah.

Beliau berkata ketika ini pasukan hoki Terengganu sedang menyertai kejohanan hoki divisyen satu TNB/MHL 2014 dan layak ke peringkat suku akhir.

Sabri berkata kejohanan itu begitu bermakna bagi Terengganu terutamanya dari segi mengemaskini pemain bagi posisi-posisi yang lemah dan tidak begitu menyengat.

“Selama kejohanan ini, kita telah mengenal pasti mana-mana posisi yang lemah dan tidak begitu mantap serta pemain-pemain yang tidak begitu menonjol,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");