Berita Hari Ini

Syarikat awam kena tingkat kepelbagaian

datuk najib razak

Kuala Lumpur: Pemimpin syarikat senaraian awam (PLC) digesa mempertingkat kepelbagaian dalam kepemimpinan dan pengurusan atasan bagi memberi lebih peluang kepada Bumiputera, wanita dan generasi muda berada dalam kelompok itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kajian terkini Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) terhadap PLC yang diumumkan semalam mendapati, kepelbagaian secara keseluruhannya adalah baik dari segi gender, umur dan etnik, dengan 38 peratus pembabitan wanita, 67 peratus berusia 40 tahun ke bawah dan komposisi etnik menyamai penduduk dengan Bumiputera menguasai 66 peratus jumlah tenaga kerja.

Namun, katanya, hasil kajian itu menunjukkan perlunya usaha meningkatkan kepelbagaian di peringkat pengurusan tertinggi, berikutan wanita kini hanya menguasai 24 peratus, dengan 18 peratus berusia 40 tahun ke bawah dan 34 peratus Bumiputera.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan data tahun 2013, hanya lapan peratus ahli lembaga pengarah syarikat awam terdiri daripada wanita berbanding sasaran 30 peratus menjelang tahun 2016.

Walaupun lebih 700 wanita dilatih di Institut Antarabangsa NAM khusus untuk pembangunan dan memperkasakan wanita (NIEW) pada tahun 2012 dan tahun 2013, setakat ini hanya 115 penempatan dibuat dalam syarikat awam.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");