Jenayah

Tak sempat ambil sayur

rampasan heroin

Dalang sindiket edar pil kuda, heroin tumpas

Kota Bharu: Satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi pasangan suami isteri dengan mengambus pil kuda dan dadah heroin bernilai RM5.7 juta dalam lubang di rumahnya tumpas, selepas lima beranak ditahan dalam serbuan, Selasa lalu.

Taktik mereka sangat licik apabila suspek menggali satu lubang besar dalam rumahnya di Kampung Lubok Jong, untuk menyimpan barang terlarang itu sebelum ditutup dengan jubin.

Serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Ops Cantas PGA jam 9 malam itu membawa kepada penahanan seorang wanita warga Thailand berusia 40 tahun bersama empat anaknya, berusia antara dua tahun hingga 12 tahun.

Bagaimanapun, suspek utama warga tempatan berusia 47 tahun yang juga suami kepada wanita itu, melarikan diri sebelum serbuan dilakukan dipercayai sudah mengesan kehadiran polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman, berkata pihaknya menjalankan risikan hampir dua minggu dan menerima maklumat awam sebelum serbuan dilakukan.

Jumpa 199,791 biji pil kuda, 350 botol dipercayai heroin
Hasil serbuan itu, katanya, ternyata mengejutkan apabila polis menemui 100 bungkus pil kuda mengandungi 199,791 biji pil bernilai RM5 juta dan 350 botol cecair dipercayai heroin bernilai RM700,000.

“Wanita berkenaan ditahan reman seminggu, manakala empat anaknya dilepaskan dengan jaminan polis. Siasatan mendapati pasangan suami isteri itu mengedar dadah di sekitar Kelantan dan Terengganu sejak beberapa tahun lalu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Jalaluddin berkata, polis percaya masih ada saki baki kumpulan sindiket berkenaan dan polis Kelantan sudah meminta bantuan polis Thailand bagi membantu mengesan suspek yang dipercayai sudah melarikan diri ke negara jiran.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");