Jenayah

Taska Permata dipecah masuk

taska dipecah

KUALA BERANG – Urusan pentadbiran dan aktiviti seharian kanak-kanak di Taska Permata Kuala Berang, Jalan Butut dekat sini, sedikit terganggu apabila pelbagai barangan penting dirembat pencuri yang memecah masuk ke premis berkenaan.

Kejadian tersebut disedari guru taska, Tuan Zubaidah Tuan Zaid, 24, kira-kira jam 7 pagi kelmarin yang ketika itu melakukan persiapan untuk memulakan tugas.

Menurut Tuan Zubaidah, antara aktiviti rutinnya setiap pagi apabila sampai ke taska tersebut ialah membuka tingkap dan sebaik tiba di dapur, dia dapati salah satu bingkai tingkap tercabut, tetapi ketika itu disangkanya ia mungkin rosak.

“Sebaik melihat periuk kuali turut berselerak, terdetik di hati mungkin taska telah dimasuki pencuri dan saya terus meninjau ke ruang tamu utama. Ternyata ia tepat apabila didapati banyak barang telah hilang lalu terus menghubungi pengurus taska maklumkan kejadian.

“Antara peralatan hilang ialah televisyen, radio, speaker, printer serta pemain DVD yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih RM5,000. Kesemua barang ini digunakan bagi urusan pentadbiran serta aktiviti harian kanak-kanak di sini,” katanya.

Katanya, pencuri dipercayai menceroboh masuk melalui tingkap di bahagian dapur memandangkan terdapat kesan umpil di tingkap.

“Namun, kejadian sebenar berlaku tak pasti. Cuma saya rasa ia berlaku antara malam Jumaat hingga malam Ahad lalu, pada Jumaat dan Sabtu taska tak beroperasi.

“Buat masa ini terdapat 40 kanak-kanak di sini yang berumur antara tiga bulan hingga empat tahun. Taska ini sudah beroperasi di sini lebih 10 tahun lalu dan kejadian menceroboh ini sedikit sebanyak telah mengganggu aktiviti seharian,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian itu, Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Kawasan Hulu Terengganu, Wan Zakaria Wan Mamat yang turut turun padang meninjau keadaan berkata, pemasangan gril dilihat sebagai satu langkah terbaik bagi elakkan kejadian berulang.

“Perkara-perkara sebegini kita tak mahu berulang, sehubungan itu kita berhasrat memasang gril di premis bangunan taska ini supaya kes pecah masuk seumpama ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");