Sukan Hari Ini

Tekad tambah koleksi

Lee Chong WeiMILIK SAYA… Chong Wei menjulang trofi selepas menjuarai Terbuka India 2014 di New Delhi kelmarin:-

JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei menanam azam menambah koleksi kejuaraan pada kejohanan badminton berstatus Siri Super menjelang Terbuka Singapura 2014 yang membuka tirai hari ini.

Keyakinan Chong Wei kini dilihat semakin memuncak selepas kejayaannya merangkul gelaran hatrik pada Terbuka India 2014 kelmarin.

Chong Wei membuktikan betapa faktor usia bukan penghalang baginya untuk terus memburu kejayaan di pentas antarabangsa.

Pada aksi final di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi kelmarin, Chong ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila membenam cabaran bintang muda China, Chen Long 21-13, 21-17.

Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut Chong Wei ke atas Chen Long tahun ini selepas kejayaannya meraih gelaran ketiga Seluruh England bulan lalu.

Kali terakhir Chong Wei tewas kepada pemain No. 2 dunia itu adalah dalam aksi final Terbuka Korea pada 12 Januari lalu.

Sebagai rekod, Chong Wei telah merakamkan tiga kemenangan pada kejohanan Siri Super 2014 – Terbuka Malaysia, Seluruh England dan Terbuka India.

Pada aksi pusingan pertama Terbuka Singapura esok, Chong Wei akan bertemu pemain Hong Kong, Wei Nan.

Jika menang, Chong Wei akan menentang pemain profesional negara, Tan Chun Seang atau Chun Yuekun dari China

Terbuka Singapura kali ini dijangka lebih sengit dengan kehadiran beberapa pemain yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia, antaranya Kenichi Tago dari Jepun, Tommy Sugiarto (Indonesia) dan Son Wan Ho (Korea Selatan).

Kejohanan itu juga bakal menyaksikan penampilan semula pasangan beregu campuran, Chan Peng Soo-Goh Liu Ying selepas aksi terakhir mereka bergandingan bersama pada Siri Super Premier Terbuka Malaysia, Januari lalu.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");