Jenayah

Tip botol arak

arak

Klang: Pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang bertugas di sebuah premis hiburan di Bandar Baru Klang, di sini, meraih tip mencecah ratusan ringgit setiap kali bertugas iaitu dengan hanya membuka penutup botol minuman keras untuk pelanggan.

GRO warga Thailand serta Vietnam terbabit diberi tip RM5 bagi setiap penutup botol minuman keras dibuka dan lebih banyak tip diterima jika bijak melayan serta menggoda pelanggan.

Pada masa sama, GRO terbabit menawarkan khidmat seks di hotel berhampiran tetapi dengan syarat lelaki itu pelanggan tetap kelab

Perkara terbabit terdedah selepas Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyerbu premis itu, jam 11.45 malam kelmarin.

Hasilnya, 19 wanita warga asing yang bekerja sebagai GRO di premis hiburan terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");