Jenayah

Tunggang motosikal tanpa helmet

kesalahan

ALOR SETAR – Beberapa anak muda dikesan bersikap endah tak endah apabila tidak memakai helmet dan membawa kenderaan laju di Jalan Sultanah Bahiyah, dekat sini.

Tinjauan mendapati, kebanyakan anak muda terbabit seolah-olah tidak ambil kisah kesalahan trafik dilakukan mereka, sedangkan laluan terbabit antara kawasan panas.

Musa Abdul Rahim, 35, berkata, dia sendiri kesal apabila sudah beberapa kali melihat keadaan sedemikian, bagaimanapun tidak mampu berbuat apa-apa.

“Pernah sekali, saya tegur seorang pelajar lelaki kerana tindakan bahayanya itu. Bukan hanya nasihat tidak diendahkan, sebaliknya dia membalas dengan kasar supaya tidak menjaga tepi kainnya.

“Lebih membimbangkan, apabila segelintirnya membuat lencongan sesuka hati tanpa mempedulikan tindakan mereka akan menyebabkan kecederaan kepada orang lain,” katanya.

Rugayah Azmi, 28, berkata, dia sekeluarga pernah mengalami kemalangan kecil apabila beberapa anak muda muda menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya berhampiran kediamannya.

Katanya, ada remaja yang menukar haluan dan cuba memotong kenderaan dinaikinya tanpa memberi sebarang signal, mujur dia sempat brek.

Menurutnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak mereka terutamanya yang bawah umur tidak membawa kenderaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");