Sukan Hari Ini

Tunku Ismail tidak bertanding

tunku IsmailNAMPAK gayanya, pertandingan merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini terus menjadi tanda tanya.

Ini kerana Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan tidak mahu bertanding pada Kongres FAM ke-50 yang diadakan pada 25 Mei depan.

Perkara itu didedahkan sumber dalaman FAM yang mengesahkan Tunku Ismail dikatakan tidak akan bertanding dalam sesi pemilihan pegawai tertinggi FAM bagi penggal 2014-2018.

“Benar, Tunku Ismail tidak bertanding untuk pada Kongres FAM nanti.

“Setahu saya, Tunku Ismail mahu memberikan tumpuan terhadap pembangunan bola sepak di Johor yang menjadi keutamaan baginda seperti mana yang dititah sebelum ini,” kata sumber yang enggan dikenali kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, FAM yang bakal akan mengumumkan senarai pencalonan untuk Kongres FAM pada mesyuarat Exco Sabtu ini.

Tunku Ismail sebelum ini mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden FAM termasuk Timbalan Presiden sekarang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Ekoran perkembangan terbaharu itu, tumpuan kini terarah kepada Tengku Abdullah yang disebut-sebut sebagai calon terbaik untuk menerajui FAM.

Tengku Abdullah juga dikatakan telah menerima pencalonan terbanyak daripada ahli gabungan FAM untuk jawatan Presiden iaitu 12 pencalonan.

Isnin lalu, Tengku Abdullah sendiri bertitah bahawa baginda turut tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawatan Presiden sekiranya dicalonkan merebut jawatan tersebut.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");