Sukan Hari Ini

United intai Klopp

klopp

MANCHESTER United dikatakan berminat menggunakan khidmat Jurgen Klopp sekiranya sentuhan David Moyes tidak mendatangkan sebarang hasil.

Pada masa sama, pengurusan The Red Devils dilapor mengadakan pertemuan dengan jurulatih Belanda, Louis Van Gaal, minggu lalu.

Situasi terkini itu sekali gus menyaksikan kedudukan Moyes di Old Trafford terumbang-ambing.

Klopp menjadi perhatian selepas berjaya mengangkat martabat Borussia Dortmund di Bundesliga.

Reputasi pengurus berusia 46 tahun itu tidak perlu dipertikaikan lagi apabila menjulang kejuaraan Bundesliga mengatasi Bayern Munich pada tahun 2012 serta mara ke final Liga Juara-Juara musim lalu.

United percaya, sikap agresif Klopp serta pengurusan yang lebih teratur adalah faktor utama pengurus itu menjadi pilihan.

Bagaimanapun, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bakal berdepan saingan daripada Barcelona kerana gergasi Sepanyol itu turut mengintai khidmat Klopp.

Untuk rekod, Klopp mula mengendalikan Dortmund sejak 2008.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");