Sukan Hari Ini

Waspada perangkap India

waspadaBARISAN pemain Malaysia sudah bersedia menghadapi kempen Piala Thomas/Uber 2014 yang membuka tirai secara rasmi di New Delhi, India hari ini:-

AKSI pertama Kumpulan C menentang tuan rumah, India pada kempen Piala Thomas 2014 di Kompleks Sukan Siri Fort, New Delhi hari ini tidak seharusnya dipandang mudah oleh skuad negara.

Ia berikutan peningkatan yang dipamerkan oleh barisan pemain India terutama perseorangan lelaki. Namun, skuad negara agak beruntung kerana India tidak mempunyai pasangan beregu yang konsisten.

Begitupun, ia tidak bermakna pemain-pemain perseorangan negara boleh mengambil mudah ketika menentang pencabar masing-masing.

“Cabaran awal bertemu India… Insya-Allah kami boleh menang sebab India lebih kepada perseorangan kerana beregu-beregu mereka kurang bagus.

“Selepas itu kami akan berjumpa Jerman, saya pun berharap boleh menang juga kerana saingan yang lebih sengit apabila menentang Korea Selatan nanti.

“Insya-Allah kami akan buat yang terbaik, bersungguh-sungguh dan berjuang dengan penuh semangat,” kata jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek.

Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Syed Abu Bakar Syed Abdullah mengingatkan barisan pemain negara dengan kejutan yang mampu dilakukan India.

“Sebagai tuan rumah, saya percaya India juga pasti akan menunjukkan prestasi yang baik. Kalau kita perasan, India dan Jerman sedang meningkat.

“Saya harap biarlah kami fikir untuk mengatasi India dan Jerman dahulu kerana Korea Selatan berada di standard yang lebih tinggi,” ujarnya.

Pada kempen kali ini, empat perseorangan negara disenaraikan diketuai pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Liew Daren (kapten) dan Goh Soon Huat.

Skuad negara juga dilihat mempunyai barisan pemain beregu yang lebih baik apabila menyenaraikan Tan Boon Heong, Hoon Thien How, Tan Wee Kiong, Goh V Shem, Lim Khim Wah dan Chan Peng Soon.

India pula membariskan lima pemain perseorangan – K. Srikanth yang berada di ranking ke-18 dunia diikuti Kashyap Parupalli (21) , R. M. V. Gurusaidutt (30), Sourabh Varma (35) dan B. Sai Praneeth (52).

Beregu India terdiri daripada Manu Attri-B. Sumeeth Reddy yang berada di ranking ke-46 dunia, Pranaav Jerry Chopra-Akshay Dewalkar (49) dan seorang pemain simpanan, Arun Vishnu.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");