Jenayah

1,322 mesin judi dilupuskan

mesin judi

TEMERLOH – Polis melupuskan 1,322 unit komputer yang dijadikan mesin judi hasil rampasan yang dibuat dari tahun 2012 hingga 2013 sepanjang kegiatan judi internet aktif di Temerloh.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kerja melupuskan komputer itu dibuat selepas pihaknya terima arahan mahkamah untuk berbuat demikian apabila kesemua 50 kes didakwa di mahkamah selesai.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, sebanyak 50 individu didakwa di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dengan kesemua mereka adalah penjaga premis perjudian internet.

“Kebanyakan yang disabitkan kesalahan dijatuhi hukuman denda sehingga RM10,000 dan kesemua mereka membayar denda masing-masing untuk mengelak dipenjarakan,” katanya.

Abdul Aziz berkata, polis juga mengisytiharkan Temerloh bebas dari pusat perjudian internet selepas beberapa siri serbuan dan tangkapan dibuat selama ini.

Sinar Harian difahamkan sepanjang tempoh serbuan mesin judi itu, dua bangunan stor milik Balai Polis Temerloh dipenuhi komponen-komponen komputer itu yang dilonggokkan apabila serbuan dilakukan setiap minggu.

Abdul Aziz berkata, kebanyakan mesin judi yang dirampas sepanjang serbuan dilakukan polis sekitar bandar Mentakab dan Temerloh.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");