Perak Hari Ini

35 Pusat Mengundi Dibuka Sehingga Jam 5 Petang

Proses pembuangan undi bagi pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kini bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 5 petang nanti membabitkan 35 pusat mengundi terpilih.

PRK Teluk Intan menyaksikan persaingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Sebentar tadi, kira-kira jam 9.05 pagi, Mah tiba di SMK Sultan Aziz untuk membuang undi.

Isterinya, Datin Yeoh Pooi Hoon turut membuang undi di pusat mengundi sama pada jam 9.15 pagi dan kedua-dua mereka beredar keluar kira-kira jam 9.20 pagi.

IMG-20140531-WA0012

Sementara itu, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Sai Min pula menjadi lokasi pertama yang dilawati calon DAP, Dyana Sofya sekitar jam 8 pagi tadi.

“Saya berpuas hati, dan proses berjalan dengan lancar setakat ini,” katanya ringkas.

Melalui pemantauan yang dibuat di tiga lokasi pusat mengundi seperti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Sai Min, SK Seri Intan dan SJKC Pooi Yoong Jalan Pasar mendapati proses pengundian berjalan lancar dan terkawal.

Pengundi Teluk Intan kelihatan hadir seawal jam 8 pagi lagi untuk menjalankan tanggungjawab memilih Ahli Parlimen yang baharu.

Keadaan lalu lintas dan persekitaran pusat mengundi di dikawal rapi oleh pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis trafik bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Pengundian awal PRK Teluk Intan telah berlangsung pada 27 Mei yang melibatkan 410 pengundi berdaftar di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");