Jenayah

7,000 liter diesel seleweng dirampas

diesel

Bukit Mertajam: Dua lelaki berusia 30-an yang sedang menunggu pemborong bagi menjual minyak diesel yang diseleweng ditahan sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK), di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 11.30 pagi semalam, enam penguat kuasa menyerbu sebuah gudang dekat kawasan perindustrian Prai berdasarkan risikan dan maklumat orang awam sejak tiga minggu lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK, Md Nasir Mohamed, berkata pihaknya turut merampas 7,000 liter minyak yang masih belum dapat dikenal pasti jenisnya dan dipercayai dicampur dengan metanol menjadikan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM50,000.

“Gudang terbabit dipercayai beroperasi sejak setahun setengah lalu dan ini kali kedua serbuan dijalankan bagi membanteras isu penyelewengan diesel.

Di Georgetown, Ketua Penguat Kuasa APMM Daerah Maritim 2 Kapten Maritim Kamaruszaman Abu Hassan, berkata pihaknya menahan empat awak-awak warga Indonesia selepas menahan sebuah bot ikan yang dipercayai menceroboh perairan negara di kawasan 35 batu nautika di barat daya Pulau Kendi di sini, Jumaat lalu.

Bot itu ditahan jam 11.48 pagi oleh sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melakukan rondaan sebelum terserempak dengan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kawasan Pulau Kendi.

“Mereka kemudian ditahan dan semua peralatan menangkap ikan dirampas termasuk hasil tangkapan kira-kira 300 kilogram ikan turut disita sebelum bot nelayan berkenaan ditunda ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan menangkap ikan dan menceroboh masuk ke perairan negara secara haram,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");