Perak Hari Ini

ADUN Chenderiang Angkat Sumpah Sertai Barisan Exco Perak

mah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang baru di Istana Iskandariah dekat Kuala Kangsar, petang tadi.

Mah mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Ia sekaligus menjadikan bilangan EXCO negeri itu 10 kesemuanya berbanding hanya sembilan selepas BN mengekalkan kuasa memerintah Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Dr Mah memenangi semula kerusi Chenderiang pada PRU-13 pada Mei tahun lalu tidak menyertai barisan EXCO selepas MCA sebelum itu membuat keputusan menolak sebarang jawatan kerajaan.

Sementara itu, sembilan EXCO sedia ada turut mengangkat sumpah semula bagi jawatan masing-masing.

Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Saarani Mohamad); Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, (Datuk Mohamad Zahir Khalid); Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, (Datuk Zainol Fadzi Paharudin) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional, (Datuk Rusnah Kassim).

Tidak ketinggalan mengangkat sumpah ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia, Masyarakat Sivil dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (Datuk Samsudin Abu Hassan); Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, (Datuk Shahrul Zaman Yahya); Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, (Datuk Mohd Nizar Zakaria); Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan, (Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi) dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.

Angkat sumpah semula itu atas titah Raja Nazrin tahun lalu yang mahu kesemua EXCO berbuat demikian selepas prestasi mereka dalam membantu pentadbiran negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dinilai dalam tempoh setahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");