Perak Hari Ini

Ancaman Zahid: Pemuda PR Buat Laporan Polis

PERAK TODAY 2

Pemuda PAS dan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) tampil membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak berhubung amaran dan ugutan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di sebuah sekolah di Teluk Intan, semalam.

Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Perak, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, mereka mengecam sekeras-kerasnya amaran terhadap anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA) tersebut.

“Pemuda PAS menyelar keras kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Zahid di Sekolah Kebangsaan Kampung Selabak, Teluk Intan,” katanya.

Dipetik daripada laporan Malaysiakini.com.my, Ahmad Zahid dalam ucapannya memberi amaran kepada anggota RELA bahawa beliau tahu siapa yang mengundi dan tidak mengundi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang lalu.

Kata Mohd Fakhrulrazi lagi, kenyataan tersebut telah dibuat di hadapan kira-kira 8,639 anggota RELA.

Menurut beliau lagi, seseorang menteri itu tidak boleh menyalahgunakan kedudukan mereka untuk tujuan tertentu sehingga menimbulkan kerisauan bagi orang lain.

“Kami ingin menegaskan bahawa Ahmad Zahid tidak sepatutnya menggunakan kedudukannya sebagai menteri untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Sepatutnya beliau sedar bahawa kenyataan seperti itu akan menimbulkan kebimbangan di kalangan petugas RELA,” tambah beliau lagi.

Ujarnya, ia melanggar akta pilihan raya yang telah di tetapkan.

“Kenyataan itu bukan sahaja bertentangan dengan semangat demokrasi di negara ini tetapi turut melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How yang turut hadir mengeluarkan amaran kepada menteri tersebut supaya tidak mengambil kesempatan.

“Kami ingin memberi amaran tegas kepada Ahmad Zahid supaya tidak menggunakan kedudukannya untuk mengugut petugas RELA bagi mengundi calon Barisan Nasional BN, Datuk Mah Siew Keong dalam PRK Teluk Intan nanti,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");