Perak Hari Ini

Anugerah Pencetus Semangat Untuk Terus Aktif

PERAK TODAY 1
Biarpun berbeza hala tuju perjuangan, rata-rata penerima anugerah belia negeri Perak menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk mereka bergiat lebih aktif dalam bidang yang diceburi.

Karnival Mesra Belia Jom ke Putrajaya peringkat negeri Perak 2014 yang berlangsung di Pusat Pelancongan Bagan Datoh menghargai beberapa wakil golongan belia yang menunjukkan potensi dan sumbangan yang membanggakan dalam membela nasib golongan belia.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir diberi penghormatan untuk menyampaikan anugerah kepada para pemenang antaranya Chong Shin Heng yang menerima anugerah Inspirasi Belia Perak.

Shin Heng berkata, anugerah itu akan menjadi pencetus semangat buatnya untuk meneruskan perjuangan membela nasib golongan belia.

Beliau yang merupakan Bendahari Majlis Belia negeri Perak turut menyifatkan anugerah diterimanya sebagai penghargaan di atas sumbangan besarnya dalam kegiatan persatuan.

“Saya berharap dapat  meneruskan dan menerapkan dasar perpaduan dalam kalangan belia dalam tempoh masa lima tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, penerima lain, Aswanudin Haniffudin nyata gembira dengan anugerah pertama kali dirangkulnya sekaligus satu pencapaian yang cukup bermakna bagi dirinya.

Manakala bagi Jaya Ganesh Selvaraju yang merupakan Pengerusi Majlis Kelab Belia Tamil Perak, kejayaan yang dikecapinya hari ini merupakan hasil sokongan tidak berbelah bahagi daripada keluarga dan rakan-rakan.

“Saya mendapat anugerah ini selepas 18 tahun berkecimpung dengan pelbagai aktiviti dan program belia dan ini bukanya untuk saya semata-mata tetapi juga buat kelab,” katanya.

Sementara itu, Anugerah Perdana Belia Negara 2014 peringkat Perak dianugerahkan kepada Hazian Daud.

PERAK TODAY 12Manakala Muhamad Iqbal Dinzly Muhamad Saifuddin pula menjadikan anugerah tersebut sebagai langkah permulaan untuk terus bergiat membantu golongan belia di Perak amnya.

“Golongan belia bukan sahaja perlu melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti persatuan tetapi juga berusaha memperkasakan ekonomi mereka,” katanya lagi.

Pada majlis sama, portal rasmi Peraksilveryouth turut dilancarkan bagi memberi peluang kepada golongan belia di negeri itu mendapatkan maklumat berkenaan kegiatan dan program berkaitan belia dari semasa ke semasa.

PERAK TODAY 6

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");