BEKAS penjaga gawang Arsenal, Jens Lehmann mahu kelab itu harus muncul juara Piala FA bagi memulihkan reputasi mereka di mata dunia.
“Saya banyak melakukan pengembaraan keliling dunia dan pasukan Arsenal jarang sekali dibicarakan peminat.
“Semuanya berkisar tentang Manchester City, Manchester United, Chelsea dan Liverpool.
“Sebab itulah saya cabar mereka kalahkah Hull City di Wembley pada final. Andai menang, semangat pemain Arsenal akan lebih bersemangat luar biasa,” katanya.
Untuk rekod, The Gunners belum pernah merangkul sebarang gelaran sejak kali terakhir mendakap Piala FA pada 2005.
-Sinar harian
Komen & Pendapat