Perak Hari Ini

Aset Persatuan Belia Perlu Diaudit, Pantau Elak Disalahguna

audit

Dewan Pemuda PAS Perak menyarankan agar pihak bertanggungjawab mengaudit dan memantau setiap aset yang dimiliki persatuan belia yang mendaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) di seluruh negara bagi mengelak penyelewengan atau salahguna di masa akan datang.

Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss, tampil menyuarakan kebimbangan pihaknya ekoran rancangan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Perak membina sebuah bangunan baru menempatkan ibu pejabat persatuan serta kemudahan hotel yang terletak berhampiran Stadium Perak di Ipoh.

“Sebelum ini, berlaku insiden kekecohan pada Januari 2011 hingga mengakibatkan Pejabat MAYC di Wisma Belia, Kuala Lumpur telah disita.

“Peristiwa tersebut berkemungkinan boleh berulang kembali jika wujud pergolakan dalam persatuan berikutan memiliki aset yang banyak termasuk aset hartanah.

“Oleh itu, kami meminta agar kerajaan negeri Perak khasnya dan Kementerian Belia dan Sukan amnya melalui Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY) memantau aset milik persatuan belia bagi memastikan ia diuruskan mengikut Perlembagaan yang ditetapkan.

“Ia perlu bagi memastikan aset atau hartanah kurniaan tidak sewenang-wenangnya dijual atau digadai atas apa tujuan sekali pun,” katanya dalam satu kenyataan akhbar kepada Peraktoday.com.my.

Beliau berkata, pihaknya juga khuatir tanah yang dianugerahkan kerajaan Perak itu berkemungkinan akan disalahguna untuk urus niaga lain oleh kerana terletak dalam kawasan strategik untuk tujuan pembangunan.

“Kami berharap agar bangunan tersebut menjadi pusat sehenti buat golongan belia apabila siap sepenuhnya kelak,” jelasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");