Jenayah

Askar Dikhuatiri Maut Dalam Insiden Tembakan Di Lahad Datu

LAHAD DATU: Seorang askar dikhuatiri maut dan dua orang awam cedera ditembak dalam satu insiden tembakan di sebuah kedai di pekan ini kira-kira pukul 4.45 pagi Rabu.

Menurut penduduk di pekan itu, difahamkan tembakan itu dilepaskan selepas seorang askar tidak dibenarkan memasuki kedai yang beroperasi selama 24 jam itu.

Suspek dipercayai seorang askar telah menembak rakannya dengan sengaja manakala dua lagi pekerja kedai tersebut turut tercedera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah mengesahkan insiden tersebut dan siasatan sedang dilakukan.

Dua orang awam yang cedera itu telah dikejarkan ke Hospital Lahad Datu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");