Sukan Hari Ini

Ayuh! Ulangi memori 1992

badminton 1

Kuala Lumpur: Contohi semangat skuad 1992. Itu nasihat jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek kepada barisan pemain skuad negara yang berangkat ke New Delhi, India hari ini bagi menghadapi saingan Piala Thomas.

Ini kerana, bekas pemain perseorangan negara itu melihat ada persamaan antara skuad yang pernah dibarisinya 22 tahun lalu itu dengan pasukan yang bakal menggalas tugas bermula Ahad ini.

Jelas Rashid, seperti ketika ini, skuad 1992 juga bukanlah pasukan terbaik negara, tetapi semangat luar biasa setiap pemain menyaksikan Malaysia akhirnya muncul juara dengan menewaskan Indonesia pada pentas final di Stadium Negara.

“Paling penting setiap pemain tidak patah semangat. Mereka harus mengambil kira harapan tinggi rakyat Malaysia dan seharusnya menjadikan tekanan sebagai cabaran.

“Masa 1992 sama juga. Kami tidaklah terlalu bagus, tapi semangat tinggi setiap pemain untuk memberikan yang terbaik membawa kepada kejayaan itu,” katanya pada sesi latihan terakhir skuad negara semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");