Jenayah

Azab didera penculik

ugutan

Kuala Lumpur: Seorang ahli perniagaan menanggung azab sengsara apabila diculik dan dibelasah sehingga menyebabkan mata kirinya hampir buta oleh sekumpulan penjenayah.

Mangsa membabitkan pemuda Nigeria berusia 24 tahun itu mendakwa didera termasuk pinggangnya digigit, kepala dihentak botol, diancam dengan alat renjatan elektrik, jari dicucuk parang selain muka diacu dengan pisau.

Mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian culik itu berlaku pada jam 7 malam, Isnin lalu, ketika dia pergi ke sebuah restoran di Jalan Selinsing, Taman Sri Kuching di Jinjang di sini untuk berjumpa dengan rakannya.

Menurutnya, sekumpulan kira-kira 10 lelaki tiba-tiba masuk ke dalam restoran itu sebelum salah seorang daripada mereka merampas kunci kereta model Proton Persona miliknya.

“Saya cuba mendapatkan kunci itu semula tetapi sebaliknya dibelasah beramai-ramai.

“Bukan sahaja dipukul teruk malah pinggang saya turut digigit oleh salah seorang daripada kumpulan lelaki tidak dikenali itu,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Dia yang juga ahli perniagaan komputer dan alatan teknologi maklumat berkata, kumpulan penculik itu kemudian mengikat kedua-dua pergelangan tangannya sebelum mengheretnya masuk ke dalam sebuah kereta model Proton Savvy berwarna merah.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");