Jenayah

Bapa uzur, abang hidap sawan

image (20)
Mohd Hafiz (tengah) dan ibunya tabah menjaga Katnoh yang menghidap sawan sejak kecil:-

PONTIAN – Seorang pemuda tabah mengharungi kehidupan agak sukar apabila terpaksa membahagikan masa untuk bekerja dan menjaga bapa yang uzur serta abang yang menghidap penyakit sawan.

Mohd Hafiz, 24, berkata, ayahnya, Jabar Khamis, 83, memerlukan penjagaan rapi setiap masa kerana sakit tua, manakal abangnya, Katnoh, 49, terpaksa mengesot untuk bergerak kerana tidak mampu berdiri.

Jelasnya, biarpun ibunya, Suarti Kasim, 68, menguruskan ayah dan abang sulung daripada lima beradik itu, namun dia berasa berat hati setiap kali mahu meninggalkan mereka ketika keluar bekerja.

Menurutnya, abangnya diserang sawan akibat demam panas yang menyebabkan tubuh badannya menggigil dan meracau.

“Adik-beradik lain sudah berkahwin dan ada yang tinggal di Singapura, namun mereka tetap menjenguk abang dan ayah.

“Walaupun kakak Jumiatun, 41, datang membantu namun saya tetap bimbang dengan keselamatan mereka ketika saya keluar bekerja memandangkan penyakit sawan yang menyerang abang Katnoh sukar diduga,” katanya kepada Sinar Harian, di rumahnya di Kampung Paya Embun di sini, semalam.

Dia berhajat mahu membawa abangnya berubat, namun dia berdepan kesukaran untuk membawa abangnya itu keluar kerana sikapnya yang enggan bertemu dengan orang lain selain ahli keluarga.

Tambahnya, menurut ibunya, kali terakhir Katnoh menerima rawatan dan bantuan kerusi roda pada sekitar tahun 80an.

“Saya mahu penyakit sawan abang diubati supaya dia tidak takut bertemu orang lain terutama sekali doktor,” katanya.

Dalam pada itu, masalah kesihatan Katnoh mendapat perhatian Biro Pembangunan Sosial Bahagian Tanjung Piai yang diketuai Dr Mohd Isa Ismail, yang akan merujuk Katnoh kepada pakar psikiatri Hospital Permai.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");