Membawang Hari Ini

Bieber Disiasat Polis Cuba Curi Telefon Bimbit Seorang Wanita

JUSTIN BIEBER
WASHINGTON: Polis kini membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyanyi popular Justin Bieber cuba mencuri telefon bimbit seorang wanita yang dia syaki telah merakamkan gambarnya menggunakan telefon tersebut.

Menurut akhbar The Los Angeles Times, insiden itu berlaku Isnin lalu di sebuah padang golf di Lembah San Fernando.

“Ya dia (Bieber) sedang disiasat atas dakwaan cubaan mencuri,” kata pegawai polis Rosario Herrera kepada akhbar tersebut.

Bagaimanapun kata pegawai polis wanita itu, Bieber masih belum dipanggil untuk disoal siasat.

Insiden terbaru ini adalah merupakan deretan beberapa siri kejadian melanggar undang-undang yang melibatkan penyanyi berusia 20 tahun dari Kanada itu.

Pada 7 Julai depan, Bieber akan dihadapkan ke mahkamah di Miami atas dakwaan memandu atas pengaruh dadah.

Bieber tidak mengaku salah memandu atas pengaruh dadah ketika ditahan di Miami Beach pada 23 Januari lalu, malah cuba mengelak daripada ditahan polis dan lebih teruk dari itu memandu dengan lesen yang sudah tamat tempoh sah.

Dia ditahan ketika sedang berlumba haram menggunakan kereta mewah Lamborghini miliknya.

Menurut laporan polis, ketika ditahan Bieber berada di bawah pengaruh marijuana dan Xanax.

Dalam satu kes lagi di Kanada, dia dituduh cuba mencederakan seorang pemandu limosin tahun lalu manakala satu kes yang masih lagi di dalam siasatan, di Los Angeles dia didakwa membaling telur ayam ke arah kediaman jirannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");