Isu Panas

BN ikrar rampas Teluk Intan

bn 1

Teluk Intan: Pemuda Barisan Nasional (BN) mengenal pasti kira-kira 20,000 pengundi muda yang boleh didekati dan dipujuk untuk mengembalikan semula kerusi Parlimen Teluk Intan kepada BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 31 Mei ini.

Naib Ketua Pemuda BN, Khairul Azwan Harun, berkata pergerakan itu akan bertemu dengan pengundi terutama yang berusia di bawah 40 tahun untuk menerangkan berhubung isu semasa agar mereka mengetahui kebenaran setiap perkara yang sering dibangkitkan pembangkang terutama dalam media sosial.

“Kita mengenai pasti terdapat kira-kira 11,000 pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong manakala 9,000 pengundi dari DUN Pasir Berdamar.

Saingan sengit

“Pergerakan ini menjangkakan saingan amat sengit pada PRK kali ini, justeru lebih 2,000 Pemuda BN akan digerakkan untuk mendekati semua golongan dengan tumpuan kepada pengundi muda bagi meyakinkan mereka mengenai kemampuan BN untuk membawa pembangunan dan keselesaan hidup kepada rakyat di negara ini,” katanya selepas melancarkan Gerak Kerja Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan dan Mesyuarat Jentera Penyelarasan Gerak Kerja Jentera Pemuda BN Parlimen Teluk Intan di sini, semalam.

Kerusi Parlimen Teluk Intan kosong berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng dari DAP akibat barah 1 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 19 Mei manakala hari pengundian pada 31 Mei ini.
Peluang rampas kerusi

Khairul Azwan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berkata, pihaknya menjangka peluang untuk merampas kerusi itu daripada DAP amat baik berikutan sokongan dan maklum balas awal yang diterima sehingga kini.

Katanya, pihaknya akan menggerakkan jentera pilihan raya untuk turun padang ke perkampungan dan taman perumahan bagi menerangkan serta memperjelas isu yang dibawa oleh pembangkang.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");