Sukan Hari Ini

Chelsea Setuju Perjanjian 32 Juta Pound Untuk Diego Costa

diego costa

CHELSEA bersetuju dengan satu perjanjian 32 juta pound (RM174.85 juta) bersama Altetico Madrid yang akan menyaksikan penyerang Diego Costa akan menyertai pasukan itu selepas berakhirnya Piala Dunia, menurut beberapa laporan media.

Perpindahan penyerang kelahiran Brazil dari Altetico Madrid nampaknya sudah dipersetuji, dengan perjanjian itu dijangka akan diumumkan selepas Altetico berhadapan dengan Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada Sabtu, 24 Mei ini di Lisbon.

Nama Costa, 25, sememangnya sudah lama dikaitkan dengan Chelsea. Ini berikutan pengurus pasukan, Jose Mourinho mengakui mengagumi prestasi Costa.

Dilaporkan bahawa Costa akan menandatangani perjanjian 150,000 pound (RM819,624) seminggu.

Costa telah melakukan 36 jaringan pada musim ini, termasuk 27 jaringan dalam perlawanan La Liga Sepanyol.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");