Membawang Hari Ini

Christina Ricci Sahkan Sedang Hamil

BEBERAPA bulan lalu, pelbagai spekulasi timbul tentang kehamilan Christina Ricci dan akhirnya pihak aktres itu telah mengesahkan perkara tersebut.

Menurut laporan E!Online, juru cakap Christina mengesahkan kehamilan itu dan ini merupakan pengumuman rasmi pertama yang dikeluarkan oleh aktres itu.

Bagaimanapun ini bukan hal yang mengejutkan memandangkan isteri kepada James Heerdegen itu pernah memaparkan foto diri dengan perutnya yang besar.

Christina dan James berkahwin di Upper East Side, Harold Pratt House & Peterson, New York City pada 26 Oktober tahun lalu dan selepas hampir setahun, mereka akhirnya merancang untuk memiliki cahayamata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");