Isu Panas

DAP berdepan cabaran di Teluk Intan

spr 1

DAP dijangka berdepan kesukaran untuk mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan terutamanya pada ketika parti itu berdepan persaingan dalaman untuk kerusi di Perak tersebut.

Oriental Daily melaporkan Teluk Intan secara tradisinya merupakan kawasan di bawah pengaruh M.Kulasegaran tetapi malangnya kumpulan tersebut kekurangan calon sesuai untuk kerusi itu.

Kumpulan Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan turut berminat untuk meletakkan calon pilihan mereka dalam kerusi Parlimen itu yang kosong selepas penyandangnya, Seah Leong Peng meninggal dunia.

‘Panglima’ utama kumpulan M. Kulasegaran ialah bekas Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan namun beliau sudah berundur dari bidang politik dan nampaknya tidak berhasrat untuk bertanding.

Menurut akhbar itu, kumpulan M. Kulasegaran perlu meletakkan individu berpengaruh memandangkan calon perlu ditapis oleh barisan pemimpin negeri yang dikuasai Koo Ham dan Kor Ming.

Dalam pada itu, akar umbi Gerakan di Teluk Intan telah menyatakan secara terbuka supaya Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dicalonkan semula di kerusi Parlimen Gerakan.

Sementara itu, isu hukum hudud juga akan mempengaruhi sokongan terhadap DAP di Teluk Intan.

Pelbagai keadaan ini menampakkan DAP berdepan cabaran tidak kira secara dalaman atau dari luar parti.

– Oriental Daily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");